Total Pageviews

05 April 2012

7 TANDA PENYAKIT BERBAHAYA



Adakah anda sering berasa letih dan lesu kebelakangan ini???
penat dan letih selepas bekerja seharian adalah lumrah tetapi jika anda kerap merasainya walaupun ketika melakukan perkara remeh, SILA BERI PERHATIAN!!!



Tahukah anda gangguan ringan seperti kerap sakit kepaladan perut boleh menjadi petanda kepada penyakit lain yang lebih serius???

Kajian di Amerika Syarikat menyatakan, 1 daripada 4 orang sering berasa letih dan lesu.

Kebanyakkannya menggunakan sibuk bekerja sebagaialasan mudah. 
Tetapi Sandra Adamson Fryhofer, pakar penyakit dalaman dari Atlanta, Amerika Syarikat mengatakan ia juga boleh menjadi tanda kepada ketidaksihatan yang lebih serius.


LETIH merupakan kombinasi beberapa sebab. 9 daripada 100 orang yang mengalaminya menderita penyakit fizikalmanakala sekitar 75 daripada 100 orang mempunyai masalah emosional....


Penyakit-penyakit berbahaya tersebut adalah :-

  • ANEMIA
  • DIABETES
  • TIROID
  • DEPRESI
  • SAKIT KEPALA
  • SAKIT PERUT
  • SAKIT PUNGGUNG


ANEMIA



Gejala:-
letih, lesu, sukar tidur, kurang daya tumpuan, jantung berdegup kencang, sakit dada & kepala, cepat letih ketika melakukan kerja ringan seperti naik tangga atau berjalan

Punca:-
kekurangan jumlah hemoglobin dalam sel darah merah(diperlukan sebagai medium penghantaran oksigen ke seluruh sel tubuh). Oksigen diperlulan untuk membakar zat makanan dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Kekurangan zat besi atau vitamin, kehilangan darah berlebihan (dalaman dan luaran) atau penyakit-penyakit seperti rheumatoid arthritiskanser atau ginjal tidak berfungsi boleh menyebabkan ANEMIA.

DIABETES (KENCING MANIS)



Gejala:-
penat, sentiasa haus, kerap buang air kecil, lapar berlebihan, turun berat badan & penglihatan kabur.

Punca :-
tubuh tidak dapat memproses atau menggunakan insulin secara efektif sedangkan insulin sangat penting untuk membawa glukosa memasuki sel, seterusnya mengubah glukosa menjadi tenaga. Kerana itulah pesakit DIABETES sering berasa lesu...


TIROID

Gejala :-
HIPERTIRIODISME (hormon tiroid berlebihan), sakit otot,lemah (mulanya terasa di otot peha), turun berat badan tanpa sebab, sering berasa panas, degup jantung meningkat, menstruasi lebih pendek & jarang serta sering berasa haus. Pengidap TIROID akan berasa letih, kurang daya tumpuan, sering berasa sejuk (walaupun berada di tempat panas) & sembelit.

Punca :-
kelenjar TIROID (terletak di bahagian hadapan leher berfungsi memproses hormon tiroksin (T4) & triodotironin (T3) yang mampu mengendalikan metabolisme. Hormon yang berlebihan (biasanya dialami wanita berusia 20-an & 30-an) yang ia menyebabkan metabolisme meningkat terlalu cepat. Hormon yang sedikit (kebiasaannya berlaku pada wanita 50 tahun ke atas) akan melambatkan metabolisme.


DEPRESI



Gejala :-
letih, lesu, kurang / terlebih tidur, sentiasa sedih, cemas, "kosong", kurang nafsu makan / sebaliknya, gelisah, sakit kepala, sembelit.

Punca :-
sentiasa berfikiran negatif dan gangguan mental yang tidak berkesudahan. Gangguan fizikal atau hormon yang tidak diatasi segera boleh menyebabkan DEPRESI.


SAKIT KEPALA

Gejala :-
sakit di bahagian belakang kepala

Punca :-
SAKIT KEPALA terjadi pada saraf yang terletak di organ-organ wajah melibatkan kulit kepala. Reseptor saraf boleh menganggu disebut nociceptor yang berpunca daripada ketegangan, stress, hormon & pembuluh darah yang mengembang dan sebagainya.


SAKIT PERUT



Gejala :-
pedih perut atau memulas. Ia boleh terjadi sekejap sahaja,beberapa minitjam atau lebih teruk lebih lama dari itu. Kadangkala selepas makan atau berbaring ia terasa lebih sakit dan jika muntah atau buang air ia akan berkurangan


Punca :-
jika terjadi pada orang dewasa, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Masalah pencernaan dan alahan makanan juga penyumbang kepada masalah ini. Gangguan pada organ reproduksi wanita juga boleh menyebabkan SAKIT PERUT (haid, pra-haid, tumor dan lain-lain). Kanser usus besar, hati dan perut juga merupakan sebahagian tanda-tanda selain stress, depresidan cemas. Timbunan lemak sekitar perut boleh menekan dinding perut yang menyebabkan SAKIT PERUT. Ia biasanya dialami oleh penderita OBESITI.


SAKIT PUNGGUNG



Gejala :-
lesu, kebas-kebas, rasa berdenyut-denyut, menusuk atau terbakar sehingga membuatkan anda sukar berdiri tegak.

Punca :-
ketegangan otot dan ligamen, mengangkat berat berlebihan atau tersalah posisi ketika mengangkat beban. Ia juga boleh disebabkan oleh arthritis atau osteoporosis.


UTAMAKAN KESIHATAN, DAN IA BERMULA DARI ANDA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...