06 April 2012

KEBEBASAN KEWANGAN



assalamualikum..

kita selalu cakap atau bincang kebebasan kewangan ataupun financial freedom.. tapi,tahukah kita apa itu kebebasan kewangan? so, hari ni saya nak share sikit ciri-ciri kebebasan kewangan.. 



1. KEBOLEHAN untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna. Hutang pengguna ni ialah satu proses meminjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membeli. sebagai contoh, kredit kad dan juga kereta.


2. KEUPAYAAN memiliki rumah bebas hutang sebelum bersara. secara teknikal, kalau kita nak dapatkan barangan, kita perlu bayar dan kita akan dapat barang tersebut. tetapi, berbeza dengan rumah. we have to pay monthly installment, yelah takkan nak bayar cash gedebuk 200k! dalam hal ni, bank-bank mungkin akan memanjangakan tempoh pembayaran dan secara automatiknya kita akan bayar instalment rendah.. sedar tak sedar umur 75 tahun pun duit rumah tak habis bayar lagi.. so, kita nak ker sepanjang hidup kita bayar hutang jer....



3. KEUPAYAAN untuk menikmati persaraan terjamin. kajian menunjukkan hanya 5% peratus sahaja yang betul-betul bebas hutang sebelum tempoh persaraan... so, kita kenalah menabung bermula dari sekarang..





4. KEUPAYAAN untuk memberi pelajaran anak-anak yang menjamin pekerjaan. sebagai ibu bapa, kita perlu menyediakan dana pelajaran agar anak-anak kita terdidik dengan budaya yang tidak meminjam...





5. KEUPAYAAN untuk membayar tunai barangan runcit. situasi ini sering berlaku pada tengah bulan.. yelah, duit gaji kita dah banyak bayar loan kereta, rumah, nursery.. so, yang tinggal hanyalah cukup-cukup duit makan.. so, bila dah beratur kat Tesco, seluk wallet tengok ada notes RM50 sekeping jer.. ambil kredit kad dan swipe.. easy kan? tapi sedar tak, sebenarnya kita baru sahaja menambah hutang runcit dalam account kita untuk bulan berikutnya?
6. KUEPAYAAN untuk bertahan semasa kecemasan.. kecemasan kat sini kita boleh refer to the bila kita sakit.. yelah, bayangkan sakit tengah bulan pulak tu.. sekali check up, RM100.. kalau anak sorang.. kalau 3 orang... so, kita kenalah sediakan payung sebelum hujan..







7. KEUPAYAAN untuk hidup sepenuhnya.. holiday, rekreasi dan family activity... sebab apa? ketiga-tiga perkara ini memerlukan $$$...


selagi kita mempunyai walaupun satu ciri-ciri diatas, ini bermakna kewangan kita belum stabil.. macam mana nak stabil kan kewangan, cari dan buat side income..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...